Friday, February 20, 2009

Sejarah lampau

Hari ni aku sangat bosan. So, bila aku bosan. Aku rase nk tulis entri. Oleh sebab aku bosan sgt bekerja. Aku nk tulis entri psal kerja. Al-kisah..

Pada akhir tahun 2007 secara rasminya aku telah menjadi pengangur terlampau. So aku pun mendaftarkan diri dalam Jobstreet. Sebab aku malas nk carik keje. Biar keje carik aku ok?. Dengan semangat berkobar2 aku download resume, isi borang dan letak gambar aku yg paling cun yg aku pernah ade seumur hidup aku.*heh


Ok. Settle. Tekan send. Completed*

Besoknye aku dapat panggilan dari company mane ntah. Suruh aku datang interview. Lepas tu lagi satu panggilan. Dan lagi. Dan lagi... Semua aku tolak. Sebab jauh. Dan malas. Haha, sengal. Lepas beberapa hari, aku dah betul2 jatuh muflis. Poket dah kering mintak diisi. Aku dah serabut. Mane nk cekau duit. Kepale jahat aku suruh aku carik Sugardaddy.

Hah, pale otak ko! Dush2* Aku ketuk kpale aku sendiri

Tapi aku bernasib baik. Tak lame pastu aku dapat satu panggilan drp Sony Malaysia. Inform ada keje kosong kat HQ (Midvalley). Position: Receptionist - Contract: Sebulan je. Hurm, tak kisah la. Asalkan poket aku kenyang sebulan dua. Lpas interview. Aku diterima bekerja. Wah, seronok!

Hari pertama sangatla bosan. Officekan.. Kerja aku angkat tepon. Sambung talian. Letak tepon.

Aku: "Good morning, Sony Malaysia"
Orang: "Hello, Nina pls"
Aku: "Ok, pls hold the line. Thank you"
Orang: "May I speak to Jason pls"
Aku: "Sure"
Tekan2 number. Pastu aku letak.

Disebabkan aku baru keje, jadi banyaklah talian2 yg aku salah sambung. Name sumer nk samer. List name bukan main byk. Aku tekan je la. Selain tu, aku pun byk sign autograph beb. Courier la. Surat yang melambak2. Sumer aku kene sign. Macam artis je. hah! Habis sebulan aku ingat keje dah tamat. Seronok. Tapi x. Aku dimintak sambung lagi sebulan. Ok. Im good. Sebulan je lagi kan. Xde hal kott. Kejela lagi..


Isnin selase rabu khamis jumaat

Dah nk habis sebulan. Tup tup aku dioffer masuk under Service Department as Customer service. Gaji ditambah *wah Aku terkejut. Aku serabut. Klang-Midvalley. Jauh tu.. Tapi aku terima gak. Ntahlah. Bagi aku experience tu penting. Kalau aku tolak, aku yang rugi. Bukan jiran aku atau mak kpd jiran aku. Ok. Aku terima nikahnye.

Hari pertama aku agak cuak. Aku tgk keadaan sekeliling. Aku nampak:


customer, counter, nombor giliran, uniform. Counter aku No.4 =)

Dah macam kat hospital kerajaan kan? Tapi keje ni memang mencabar kredibiliti aku sbg seorang yg comel. Aku kene marah ngan customer. Aku nanges. haha. Kene alert ngan customer. Kene solve customer punye problem.

Stress. Stress. Dan stress. *Haih.

Almost everyday aku balik rumah kene migrain. Baru aku terpikir. Kenapa aku ade kat sini? Aku xde basic technical. Cmane aku nk tlg customer2 ni settlekan problem dorang dgn barang2 Sony yang dorang ade? Oh god*
Tapi aku bernasib baik. Aku dpt blaja drp mereka2 yg da lame keje kat situ. Disebabkan otak aku zero%, dan aku yg paling muda, aku kenela byykkkk btanye. Mcm2 aku dpt blaja. Cmane nk settlekan problem pasal barang2 Sony mcm camera, handycam, Mp3 and especially:

Vaio
*Pehh, mencabar betul vaio nihh.

Dulu aku lemah sket pasal benda2 ni sumer sbb aku xpernah amek tau pun.
Sekarang aku dapat pegang..
Dapat tengok dalam2..
Dapat try..
Dapat explore..
Best.. *Aku tau bunyi die laen mcm kan? hah. Abaikan.
Dapat barang free.
Dan yg plg best kat Sony.
Annual Dinner!
Yeaayyy! Aku dapat hadiah Lucky draw. Aku berangan nk dpt camera ke handphone ke, Vaio ke, Bravia 54" ke, tapi aku dpt Cd changer je. Yes. Cd changer ngan speaker utk psang dlm kete tuu.. Hello? Aku xade kete ok. So, aku simpan dlam stor je la. Kesiann..

Tak lama pastu aku terpakse benti sbb mak aku mtk aku tlg die kat salon. Ok. Kalau bukan aku sape lg nk tolong mak aku kan? So, aku benti. Sedih. Nk tinggalkan Sony, kwn2, dan brg free. *sob2

Dan sekarang, aku berade di salon, dpn pc dan sedang menaip entri ni sbb bosan tahap gaban kapla 3. *oiuusshh. Anyway aku nk ckp thanks kat dorang. Aku rindu kt dorang sgt2!

* Thanks to Dzul jgak sebab banyak ajar and tlg aku yg sengal nih.
Thanks Dzul! Nnt aku free aku dtg tgk korang bwk donut k? =)


Cheers!

3 comments:

Anonymous said...

woh begitu
nk jgk la try kt jobstreet
heh

wunny.fly said...

silekan2 =)
Ko nak keje pe? Cikgu tadika?

nana naoko said...

sonok gk kje sony ney eh..
dpt mnde free.
maw jgk..