Tuesday, February 17, 2009

Sombong itu jahat

Orang yang mentalitinya tinggi. Suka menambah kenalan. Lagi ramai kawan. Lagi bagus. Bagi yang sebaliknya :

"Nah.. Xpayah ramai2 kawan pun xpe"

"Malas arh nak layan..."

Susah betul masa depan orang macam ni. Kerjaya orang macam ni lebih tertumpu kepada cleaner, tukang angkut sampah atau tukang pasang poster besar tayar Dunlop, Avon atau Kopi cap kapal api kat tepi highway je. Kan tak perlu bergaul dgn semua orang.. Mudah bukan?

Bagi kes lain pulak, bila ada orang nak berkenalan je ingat orang tu minat kat dia. Gile perasan weyyy.. Hello? Mana tau dia nak kenal ngan ko sebab nenek ko hot ke. Atuk ko mcm Johny Depp ke (aku pun nak!). Sila jangan berfikiran cetek ok?

Kepada semua dinasihatkan supaya tolonglah jangan terlampau menyombong diri. Melainkan kalau anda tu seorang jutawan hartanah yang mempunyai aset bernilai jutaan ringgit (atau lagi bagus billion atau trillion) seperti Donald Trump.


Tapi hakikatnya, anda tidak seperti dia. Yes. Tidak. Sebaliknya anda hanyalah manusia biasa yang masih lagi tercari-cari jalan hidup yang belum pasti. Bak kata orang, meraba-raba dalam gelap kott. Jadi, jangan sombong! Bila orang memulakan salam perkenalan. Sambut dengan penuh ikhlas. Bukan sambut kenalan baru macam dia nak kikis harta ko dengan jiran sebelah rumah ko sampai korang mati kebuluran sebab tak ada duit nak makan. Gila psycho babe.

** Sedih ngan budak2 mude zaman sekarang yg selalu perasan hot.

0 comments: