Hi,
Semenjak berangan nak bukak kedai sendiri ni, pergi kerja pun semakin berkobar2. Semangat membuak-buak seperti kanak-kanak menyanyi lagu 'Negaraku' semasa perhimpunan sekolah. Pagi-pagi lagi da motivatekan diri :
"Wanie, pergi kerja. Dapat gaji nanti joli."
eh, bukan.
"Wanie, pergi kerja. Dapat gaji nanti simpan banyak2."
Selalunya, nak bangun pagi pergi kerja, bukan main susah lagi. Boleh menangislahh nak bangun tu. haha. Tapi bila sampai satu tahap, satu seruan, satu semangat sebab nak mengejar impian.. tabiat buruk tu dapat jugak dikikis sedikit demi sedikit. haih. Susah nak dijelaskan dengan kata-kata. Setiap hari hati melonjak-lonjak untuk menggapai impian tersebut ASAP. Kalau boleh, sedar-sedar je duit simpanan dah cukup. Kan bagus kalau macam tu.
Tapi orang cakap, bukan senang nak jadi senang. Bila susah nak jadi senang tu la kita akan lebih menghargai kesenangan tersebut. Jadi, kesimpulannya, bersabar la Wanie. Insya-Allah impian tu boleh terlaksana. Bukan sekarang, bukan lagi dua hari atau next week.
Yang penting : Satu hari nanti.
Amin.
Monday, November 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment