Wednesday, May 20, 2009

8tahun penjara. 8kali sebat.

Rasa susah betul nak update blog ni sejak 2 menjak ni. Kenapa? Ntah. Mungkin kesibukan tahap melampau-lampau yang tak dapat dielakkan. Dulu, idea nak menulis datang melimpah ruah. Tapi sekarang kering walaupun banyak cerita yang ingin dingarutkan. Giler skema weyh. stop.

Semalam seperti biasa kami pegi melepak merehatkan diri sambil menambah kegemukan sedia ada. Kami berbincang mengenai masalah politik di Perak. Walaupun sebenarnya aku xberapa paham sangat pasal politik2 ni. Aku hanya meng'iya'kan. Kemudian melompat pulak pegi ke masalah negara. Mulut berbuih-buih bercerita mengenai masalah jenayah, rasuah,virus, penyakit, rempit (ceh~ saje tambah2).

Haa... Yang ni aku cukup pantang. Jenayah. Sape tak bengang babe. Rogol, rompak, samun, ragut, cabul, bunuh u name it. Semua ada kat Malaysia ni. Keamanan negara dah semakin tergugat. Aku da tak rasa selamat langsung even nak keluar depan rumah sorang2. Seram sejuk je rasenye. Rogol cabul bunuh. 3 perkataan keramat bagi aku tapi macam da jadi masalah kecil je kat negara ni. Hukuman? 8 tahun penjara, 8 kali sebat. Tu je yang terbaikkk?? Memang tak mustahil la si perogol durjana tu keluar penjara terus stim balik.

Susah nak cakap. Kalau dulu boleh dihukum rejam. Gantung sampai mati. Kenapa hukuman semakin diringankan? Tak nampak ke jenyah kat negara kita ni dah semakin berkembang pesat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan? Kenapa perlu didahulukan benda2 yang remeh temeh tapi diketepikan masalah besar sebegini? Even dekat surat khabar pun kita boleh nampak. Kes jenayah, rogol, cabul, bunuh semakin mengecil je berita yang dilaporkan. Padahal dulunya merupakan tajuk-tajuk utama di dada dada akhbar. "Atuk rogol cucu 3 tahun". Saiz berita tersebut hanyalah lebih kurang iklan "Operator kilang diperlukan" di mukasurat tengah akhbar. Mengapa?

Siapa yang perlu dipersalahkan? Mengapa mereka perlu bertuhankan nafsu semata-mata? Di mana letaknya otak manusia-manusia durjana ini?

Panjang berjela mana bebelan aku. Situasi tetap sama. Haaiiihh.

Lastly, kami mengambil keputusan utk makan angin di Brunei. Merehatkan otak masing-masing yang dah penuh berdaki dengan sumpah seranah. Tapi xtau bila. Atau sekadar angan-angan.

Sedeh betul.

2 comments:

Anonymous said...

patutnye bunuh semula dengan kejam.
tu baru puas.

wunny.fly said...

Tau xpe. puas ati. Sampah-sampah ni sume kite hapuskan je.