Friday, February 20, 2009

Sejarah lampau

Hari ni aku sangat bosan. So, bila aku bosan. Aku rase nk tulis entri. Oleh sebab aku bosan sgt bekerja. Aku nk tulis entri psal kerja. Al-kisah..

Pada akhir tahun 2007 secara rasminya aku telah menjadi pengangur terlampau. So aku pun mendaftarkan diri dalam Jobstreet. Sebab aku malas nk carik keje. Biar keje carik aku ok?. Dengan semangat berkobar2 aku download resume, isi borang dan letak gambar aku yg paling cun yg aku pernah ade seumur hidup aku.*heh


Ok. Settle. Tekan send. Completed*

Besoknye aku dapat panggilan dari company mane ntah. Suruh aku datang interview. Lepas tu lagi satu panggilan. Dan lagi. Dan lagi... Semua aku tolak. Sebab jauh. Dan malas. Haha, sengal. Lepas beberapa hari, aku dah betul2 jatuh muflis. Poket dah kering mintak diisi. Aku dah serabut. Mane nk cekau duit. Kepale jahat aku suruh aku carik Sugardaddy.

Hah, pale otak ko! Dush2* Aku ketuk kpale aku sendiri

Tapi aku bernasib baik. Tak lame pastu aku dapat satu panggilan drp Sony Malaysia. Inform ada keje kosong kat HQ (Midvalley). Position: Receptionist - Contract: Sebulan je. Hurm, tak kisah la. Asalkan poket aku kenyang sebulan dua. Lpas interview. Aku diterima bekerja. Wah, seronok!

Hari pertama sangatla bosan. Officekan.. Kerja aku angkat tepon. Sambung talian. Letak tepon.

Aku: "Good morning, Sony Malaysia"
Orang: "Hello, Nina pls"
Aku: "Ok, pls hold the line. Thank you"
Orang: "May I speak to Jason pls"
Aku: "Sure"
Tekan2 number. Pastu aku letak.

Disebabkan aku baru keje, jadi banyaklah talian2 yg aku salah sambung. Name sumer nk samer. List name bukan main byk. Aku tekan je la. Selain tu, aku pun byk sign autograph beb. Courier la. Surat yang melambak2. Sumer aku kene sign. Macam artis je. hah! Habis sebulan aku ingat keje dah tamat. Seronok. Tapi x. Aku dimintak sambung lagi sebulan. Ok. Im good. Sebulan je lagi kan. Xde hal kott. Kejela lagi..


Isnin selase rabu khamis jumaat

Dah nk habis sebulan. Tup tup aku dioffer masuk under Service Department as Customer service. Gaji ditambah *wah Aku terkejut. Aku serabut. Klang-Midvalley. Jauh tu.. Tapi aku terima gak. Ntahlah. Bagi aku experience tu penting. Kalau aku tolak, aku yang rugi. Bukan jiran aku atau mak kpd jiran aku. Ok. Aku terima nikahnye.

Hari pertama aku agak cuak. Aku tgk keadaan sekeliling. Aku nampak:


customer, counter, nombor giliran, uniform. Counter aku No.4 =)

Dah macam kat hospital kerajaan kan? Tapi keje ni memang mencabar kredibiliti aku sbg seorang yg comel. Aku kene marah ngan customer. Aku nanges. haha. Kene alert ngan customer. Kene solve customer punye problem.

Stress. Stress. Dan stress. *Haih.

Almost everyday aku balik rumah kene migrain. Baru aku terpikir. Kenapa aku ade kat sini? Aku xde basic technical. Cmane aku nk tlg customer2 ni settlekan problem dorang dgn barang2 Sony yang dorang ade? Oh god*
Tapi aku bernasib baik. Aku dpt blaja drp mereka2 yg da lame keje kat situ. Disebabkan otak aku zero%, dan aku yg paling muda, aku kenela byykkkk btanye. Mcm2 aku dpt blaja. Cmane nk settlekan problem pasal barang2 Sony mcm camera, handycam, Mp3 and especially:

Vaio
*Pehh, mencabar betul vaio nihh.

Dulu aku lemah sket pasal benda2 ni sumer sbb aku xpernah amek tau pun.
Sekarang aku dapat pegang..
Dapat tengok dalam2..
Dapat try..
Dapat explore..
Best.. *Aku tau bunyi die laen mcm kan? hah. Abaikan.
Dapat barang free.
Dan yg plg best kat Sony.
Annual Dinner!
Yeaayyy! Aku dapat hadiah Lucky draw. Aku berangan nk dpt camera ke handphone ke, Vaio ke, Bravia 54" ke, tapi aku dpt Cd changer je. Yes. Cd changer ngan speaker utk psang dlm kete tuu.. Hello? Aku xade kete ok. So, aku simpan dlam stor je la. Kesiann..

Tak lama pastu aku terpakse benti sbb mak aku mtk aku tlg die kat salon. Ok. Kalau bukan aku sape lg nk tolong mak aku kan? So, aku benti. Sedih. Nk tinggalkan Sony, kwn2, dan brg free. *sob2

Dan sekarang, aku berade di salon, dpn pc dan sedang menaip entri ni sbb bosan tahap gaban kapla 3. *oiuusshh. Anyway aku nk ckp thanks kat dorang. Aku rindu kt dorang sgt2!

* Thanks to Dzul jgak sebab banyak ajar and tlg aku yg sengal nih.
Thanks Dzul! Nnt aku free aku dtg tgk korang bwk donut k? =)


Cheers!

Thursday, February 19, 2009

Maybe I Will

I must say that this video is really awesome!
She's cute and funny =)

Julia Official Website

Maybe I Will-Julia Nunes

This bed is so hot I can not get the covers off
they stick to me like leather seats in cars at 80,000 degrees

did you leave something behind
it looked like nothing at the time
now you fear that it's too late

They just can't believe that there is nothing between you and me
I'd rather plead the 5th than talk about the girl you're still in love with

But I don't know what I was expecting to find
Am I losing my mind or just biding my time


Maybe I wont
Maybe I will

Others:
l.o.v.e (luv it!)
You're my best friend (sweet!)
Build me up Buttercup (this one funny. lol!)

Cheers!

Tuesday, February 17, 2009

Sombong itu jahat

Orang yang mentalitinya tinggi. Suka menambah kenalan. Lagi ramai kawan. Lagi bagus. Bagi yang sebaliknya :

"Nah.. Xpayah ramai2 kawan pun xpe"

"Malas arh nak layan..."

Susah betul masa depan orang macam ni. Kerjaya orang macam ni lebih tertumpu kepada cleaner, tukang angkut sampah atau tukang pasang poster besar tayar Dunlop, Avon atau Kopi cap kapal api kat tepi highway je. Kan tak perlu bergaul dgn semua orang.. Mudah bukan?

Bagi kes lain pulak, bila ada orang nak berkenalan je ingat orang tu minat kat dia. Gile perasan weyyy.. Hello? Mana tau dia nak kenal ngan ko sebab nenek ko hot ke. Atuk ko mcm Johny Depp ke (aku pun nak!). Sila jangan berfikiran cetek ok?

Kepada semua dinasihatkan supaya tolonglah jangan terlampau menyombong diri. Melainkan kalau anda tu seorang jutawan hartanah yang mempunyai aset bernilai jutaan ringgit (atau lagi bagus billion atau trillion) seperti Donald Trump.


Tapi hakikatnya, anda tidak seperti dia. Yes. Tidak. Sebaliknya anda hanyalah manusia biasa yang masih lagi tercari-cari jalan hidup yang belum pasti. Bak kata orang, meraba-raba dalam gelap kott. Jadi, jangan sombong! Bila orang memulakan salam perkenalan. Sambut dengan penuh ikhlas. Bukan sambut kenalan baru macam dia nak kikis harta ko dengan jiran sebelah rumah ko sampai korang mati kebuluran sebab tak ada duit nak makan. Gila psycho babe.

** Sedih ngan budak2 mude zaman sekarang yg selalu perasan hot.

Saturday, February 14, 2009

Missing in action?

Hari ni 14th February? Valentine's Day? Yuuhooooo! But guess what? Aku duk umah je hari ni.. Bosankan? Yes.. *sigh*

O Romeo, Romeo! wherefore art thou Romeo?

Mane la Prince Charming aku ni... Missing in action. Tak bley pakai betull!

*Sebenarnye tak wujud punn.. haha! ishhkk..

Friday, February 13, 2009

February 14 + Love = Roses


Love has nothing to do with what you are expecting to get,
It's what you are expected to give
Which is everything...

Bila sebut je Valentine's day, terus terbayang roses, chocolates (*yummy), presents and cards.


Why??

Because, setiap kali Valentine's Day kita akan nampak benda-benda ni bergelimpangan di merata-rata tempat. Come on, tak rimas ke? Eceh.. (macam jeles je) Haha.. Kepada sesiapa yang ada special ones mmg la lucky. Especially perempuan..

Surprise! Surprise!

Yang si perempuan pun buat2 terkejut cipan.. Macam tak tau je. Padahal memang dah lame tau dapat hadiah ni.. Alahai.. Macamla aku tak pernah berada dalam situation tersebut. Heh. *Pls dont be so sarcastic wanie.. Ok-Ok
Ehem2.
Tapi sekarang takkk.. Tahun ni aku single (steady je babe). Haha..

Aku jeles??
**Tak tau..

Seronok ke??
** Ntahlakan..

So, this month (February), aku nk share something dengan you guys yang still belum ada any idea. What to do for this special Valentine's Day? Jom, check out this page:

http://www.emmagem.com/category/valentines-gift-special



And this one pun cute jugak..

Cupcakes!


http://www.ilovecuppacakes.com/


Mane la tau dapat idea2 menarik nanti..
Good Luck Guys!
Romantika.. =)

~ Bagi yg tak ada bf/gf tolong beli untuk diri sendiri ok?

Thursday, February 12, 2009

Bintang-bintang di atas kepala

Selepas pemergian maid aku semalam, aku telah dilantik secara rasminya menjadi suri rumah sementara. Uuhh!! Penat.. Sape kate xpenat. Melayang-layang kepala aku. Terus kena attack ngan satu penyakit yg teramat dibenci. MIGRAIN.

Ketuk-ketuk kepala kat meja**

Sakit lagi..




Sape kate Migrain tak sakit.. Rase mcm nk cabut kepala letak dalam fridge je. Besok baru pasang balik. Tapi sayang. Kepala dah melekat tak boleh tercabut. Terpaksa la telan je ubat ape yang ade..

Rasa geram+ sakit ati+penat betul..

Pembantu rumah terlampau

Hari ni my mom baru je balik from SMC. She was admitted to the hospital 2 days ago disebabkan oleh makhluk kaki berbelang. Nyamuk Aedes!

Geram+takut+menyampah betul sama nyamuk!

Oh, actually aku nak cerita pasal maid aka pembantu rumah aku yg baru saja dihantar pulang hari ini di atas sbb my mom seriously da give up ngan perangai dia yg agak kurang diajar.

Boleh ke mase my mom ada kat wad dia boleh hantar msg kat my mom inform

"Kak, hari ni sy xmaw masak. Malas"

Sungguh sopan dan berwibawa ini orang. Lagipun lately ni mmg dia agak malas dan lemah la tersangat2. Mcm orang nazak kebuluran. Perangai dia pun makin menjadi2. Antaranya:

1) Tengking adik2 aku ikut suka hati laki dia je.
2) Bad mood setiap hari. Muka mcm pakai botox xboleh senyum.
3) Hari2 masak benda sama je. Sikit pulak tu. Bosan betul.
4) Asyik terperap dalam bilik je. Mentang2 mak aku bg ltk tv dlm bilik. Over plak dia.
5) Berani je lawan ckp orang. Teringat masa dia mula2 start keja kat rumah aku dulu. Bukan main sopan dan baik lagi. Cakap lemah lembut je mcm tgh merisik. Tapi sekarang, tata tertib hilang ditelan zaman.


Tu la, orang cakap pembantu rumah ni jgn dimanjakan sangat. Nnti jadi mam besar.
Nasib baik la belum terlambat lagi. Kalau dah terlambat mmg nasi jadi bubur McD la..

Akhirnya, masuk yg ni dah 49 kali (*bukan angka sebenar) dah kami tukar pembantu rumah.
Cuma seorang je yg kekal bekerja selama lebih kurang 14 tahun. Lamakan? Berhenti pun sebab dah tua. Itu boleh diterima akal lagi. Selebihnya, semua bermasalah. Malas, makan gaji buta, ambil kesempatan, mencuri, menipu, macam2 lagi la.

Susah betul nk carik pembantu rumah yang boleh dipercayai sekarang ni. Kebanyakannya datang negara kita nk cari rezeki. Tapi bila dah sampai sini, lupa diri. Pelik betul. Geram dan menyampah pun ada jugak. Tak kan la nk kena sebat hari2 baru nk jadi baik. Itu dah penderaan fizikal namanya. Tapi kalau bagi layanan baik, lain pulak jadinya..

Aissshhhh.. susah..susah..

Once upon a time..

Bermula sebuah cerita dimana satu makhluk bernama wanie sedang berkeliaran di tengah malam tak tau nk buat ape. So, atlast dia akhirnya membuat kputusan utk berada di depan laptop dan mengolah sebuah cerita yang xbertajuk. Sungguh seram dan ngeri cerita ini.


Ape ni??

Mengarut sungguh.

Delete2**


FYI

Yup, kawan2 aku Bedah and Minah (*bukan nama sebenar) telah menghasut aku untuk menulis sebuah blog utk diri sendiri. Bagus2. Aku terima hasutan itu dgn sepenuh hati.

Cerita pun bermula...