Tuesday, August 4, 2009

wanie. wanie.

Sungguh lama terasa blog ni tidak di update. huh. kesian.
mungkin aku penat.
mungkin aku sibuk.
ahhh... aku malas sebenarnye.
banyak benda yang perlu difikirkan.
banyak benda perlu diselesaikan.


takpe wanie.
teruskan dengan tabah.



amin.

Monday, May 25, 2009

Bila Spiderman Melekat di Lantai

Sedang sibuk mata meliar. Terbenti dkat Julian Beever Homepage. Salute gak la dgn tangan dia yang memang power giler melukis. Kalau aku, lukis burung jadi kucing, lukis semut macam ketam. Bulat-bulat. Gambar-Gambar kat bawah ni semua hasil tangan Julian Beever dalam 3D. Lukis kat lantai blakang umah aku je.






----------------------------------------------------

Gempakkan? Kalau die datang umah aku, aku nk suruh dia lukis gambar 3D
Chris Pine kat dinding bilik aku.

Boleh berdua-duaan. Tak payah takut Jais pun. Hehh~

Wednesday, May 20, 2009

8tahun penjara. 8kali sebat.

Rasa susah betul nak update blog ni sejak 2 menjak ni. Kenapa? Ntah. Mungkin kesibukan tahap melampau-lampau yang tak dapat dielakkan. Dulu, idea nak menulis datang melimpah ruah. Tapi sekarang kering walaupun banyak cerita yang ingin dingarutkan. Giler skema weyh. stop.

Semalam seperti biasa kami pegi melepak merehatkan diri sambil menambah kegemukan sedia ada. Kami berbincang mengenai masalah politik di Perak. Walaupun sebenarnya aku xberapa paham sangat pasal politik2 ni. Aku hanya meng'iya'kan. Kemudian melompat pulak pegi ke masalah negara. Mulut berbuih-buih bercerita mengenai masalah jenayah, rasuah,virus, penyakit, rempit (ceh~ saje tambah2).

Haa... Yang ni aku cukup pantang. Jenayah. Sape tak bengang babe. Rogol, rompak, samun, ragut, cabul, bunuh u name it. Semua ada kat Malaysia ni. Keamanan negara dah semakin tergugat. Aku da tak rasa selamat langsung even nak keluar depan rumah sorang2. Seram sejuk je rasenye. Rogol cabul bunuh. 3 perkataan keramat bagi aku tapi macam da jadi masalah kecil je kat negara ni. Hukuman? 8 tahun penjara, 8 kali sebat. Tu je yang terbaikkk?? Memang tak mustahil la si perogol durjana tu keluar penjara terus stim balik.

Susah nak cakap. Kalau dulu boleh dihukum rejam. Gantung sampai mati. Kenapa hukuman semakin diringankan? Tak nampak ke jenyah kat negara kita ni dah semakin berkembang pesat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan? Kenapa perlu didahulukan benda2 yang remeh temeh tapi diketepikan masalah besar sebegini? Even dekat surat khabar pun kita boleh nampak. Kes jenayah, rogol, cabul, bunuh semakin mengecil je berita yang dilaporkan. Padahal dulunya merupakan tajuk-tajuk utama di dada dada akhbar. "Atuk rogol cucu 3 tahun". Saiz berita tersebut hanyalah lebih kurang iklan "Operator kilang diperlukan" di mukasurat tengah akhbar. Mengapa?

Siapa yang perlu dipersalahkan? Mengapa mereka perlu bertuhankan nafsu semata-mata? Di mana letaknya otak manusia-manusia durjana ini?

Panjang berjela mana bebelan aku. Situasi tetap sama. Haaiiihh.

Lastly, kami mengambil keputusan utk makan angin di Brunei. Merehatkan otak masing-masing yang dah penuh berdaki dengan sumpah seranah. Tapi xtau bila. Atau sekadar angan-angan.

Sedeh betul.

Thursday, May 7, 2009

Better than nothing

Karnival sudah TAMAT.
Ratu Tradisional juga sudah TAMAT.
Phewww.. Lega babe.

Di sini ada sedikit sebanyak gambar-gambar yang bjaya disnapkan.

And lastly....

3rd place..yeay. Better than nothing right =)

Tuesday, April 28, 2009

Semak

Kepala aku sangat SEMAK.
Hari ni dah 28 April, pastu 29, 30, 1 may, 2, 3...
Adoyai.. Kenapa?
Sebab 3 May ni aku ada Finalis Ratu Tradisional.
Tapi, baju nk pakai masa final nanti haram aku tak decide lagi.. Abislah..
Kasut, makeup, rambut, cucuk sanggul, aksesori sumer tak ready lagi ni..
Serabut. Serabut.
Tolonglah, aku rasa aku nk mintak opinion from korangla baju apa aku patut pakai nanti..

Kebaya Jawa? Dah ramai pakai..
Sari? pun ramai..
Kimono? Dah..
Lengga? Pun dah..


Yang dalam kapla otak aku sekarang just :

a) Puteri Perak
Contoh baju : (pic ni aku google je)

b) Cik siti wan kembang
Contoh baju : (pic ni aku snap from catalogue baju)

Any ideas? Opinion pllleeaasseee!!

Saturday, April 25, 2009

Lakonan Semata-mata?

Semalam, aku join extras shooting for drama La ** A**h (terpaksa disensoredkan sebab malu nk bgtau) *heh. Tu tak penting. Yang penting, aku nk cerita pasal kes sorang artis lelaki ni. Yes.. hari ni aku nk jadi wartawan macam dalam majalah mangga tu..

Ok, balik pada cerita hot tadi.

Adalah sorang artis lelaki ni. Muka dia memang makin hot la dalam drama-drama yg ada kat TV3 sekarang ni. Orang cakap belum basi lagi la. Kalau dah basi, tak hot la cerita ni kan..
Yang hotnya aku nk cerita, dalam drama-drama yang tersembul muka dia ni, bukan main 'jantan' lagi. Macho mcm dialah jejaka idaman malaya. Memang. Tak tipu. Hebat betul 'lakonan maskulin' dia. Tapi... Hancuss.. LEMBUT rupanya. Yes! Mula-mula aku cuba nak nafikan isi hati aku yang kuat mengatakan si dia ni lembut. Tapi sayang, jalan pun 'kepit'. Cemane tu? Tak dapek den nak nolong. Muka hensem babe. Kacak bergaya. Bak kata orang, boleh cair la kalau tengok dia berlakon dalam drama. Romantika bulan madu betul.. Tapi, disebalik tabir? haha..

Kepada korang yang minat giler kat si mamat ni.. Orang kate kipas susah mati die.. Takziahku ucapkan.. Bukan la nak fitnah kata dia ni GAY.. Tapi, just nak bagitau korang yang dia ni bukan la se'macho' tu or se'keras' yang korang tengok. Aku tengok sendiri babe. Malah, orang-orang kat situ pun da confirmedkan yg dia memang lembut. Dalam make up room bukan main lagi kepit. Bila kat tempat shoot, lakonan 'keras' dah bermula.. haha.. Tertipu aku.

Tapi, sorryla. Aku xboleh bgtau nama dia. Nanti kena saman aku. Korang pandai-pandai sendiri la ok? heh.

Gambar sotong ni sekadar gambar hiasan

Sedih betul.

Amacam? ade bakat tak jadi wartawan kontroversi? *heh

Tuesday, April 14, 2009

Da makan?

Yesterday, aku teman my mom gi Mooka Worldwide. Casting for iklan Maggi. Yup, at first my mom still malu2. Biasela, Da lame xblakon. But then, after few scenes, dia dah start menggile.. haha.. klakar sungguh. Kebanyakan scene die just tanye, "Dah makan?" tu je.. haha.. Aku pun join skali actually. Malu nk cakap je.. heh.

Pastu, my mom drop aku kat Liza talent agency, Kota damansara. Aku kena tangkap gambar for Finalist Ratu Tranditional. Tapi, disebabkan terlampau rushing sana sini, aku xsempat nk make up tebal2, bedak 8kg ke, memang xsempat. Sampai je terus tukar baju and snap. snap pictures.
Done.
Tak sempatla aku nk sorok pipi aku yg bagaikan pau terlebih serbuk penaik tu. Geram betul.
Pukul 10 lebih baru settle semua. Lega babe. Kalau x, asyik2 rushing sane sini. Memang saket mental aku. Balik rumah, tengok tv kejap, pastu tidoo.. Habis cerita untuk hari semalam ok?

Tuesday, March 31, 2009

Satu petang

Kenapa kite perlu stress?
Seronok ke kalau kite stress?
Atau lagi seronok kalau kite xstress?
Pilih la mane satu.
Aku xde skema jawapan.

Semalam hari Isnin. Aku cuti dan terasa bosan. Ape aku nk buat hari ni? Aku pun xtau. Tibe2 teringat kat kengkawan. Ok, maybe boleh ajak hangout kot..
So, aku text Ecah and Ann. Ok. Petang ni? Deal =)

Petang tu.. Hujan lebat. Kilat sambung menyambung. Guruh berdentum. (cheh macam novel sastera plak) Isshhhkk.. cemane aku nk keluar ni.. Trauma betul ngan kilat ni.. Tapi aku siap jugak sebab Ann kate dah nk gerak amek aku. Abaikan.. Jap lagi berhenti la hujan tu.. kot.. (nk sedapkan hati je)

Ok da siap!!

Tapi mereka tak sampai lagi.. So, dengan selambernye aku tertido kejap.. hah!
Bila mereka dah sampai.. hujan da berhenti! Yeayy.. Masin mulut aku.. Kami lepak di Wak Dol. Comel je name restoran Pak Cik ni.. Kami pun makan sambil bermesyuarat ala Ahli parlimen =)

Borak. Borak. Borak
Nasib baik ade mereka yg sentiase bersedia bawak aku keluar jalan-jalan. Good2. Takdela aku duk jiwa meracau kat umah. Bosan tahap kucing nk beranak tapi tak kluar2.
A bunch of thanks to them =).

** Balik Beli Big Apple Donut (>_<)

Tuesday, March 24, 2009

enough is enough

Tangan menggigil terus menaip.
Mata menahan kabur berkaca.
Hati pilu dicarik kecewa.

Fuck

What do I have to do?
I can’t tell you
Use your brain
To see I’m in pain
You could at least try
To stop lying when I cry
Or stop talking when I frown
Work with me
Not against me
I’m trying so hard to pick myself up
But I’m stuck
And you’re not helping

What do I have to do?
My insides already bruised and broken
My words already spoken
Your ears always shut
You must be ashamed…

So am I

fuck

What do I have to do?
Why you wanna hurt me so bad?
For now I will smile
And pretend nothing is wrong
Well, I have to be strong
I know one day
This pain and hurt will be gone


Once upon a time I was falling in love, but now I'm only falling apart.
-The end-

Monday, March 9, 2009

Love story

Love the song, can't get it out off my head =)


Love story-Taylor Swift
We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd And say hello
Little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go.. and I said

Chorus:
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little whi..ile
Oh oh-

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was beggin' you please don't go and I said

Romeo save me, they're tryin' to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real!
Don't be afraid
We'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes

I got tired of waiting
Wonderin' if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring and said-

Marry me Juliet you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know!
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes!

Cause we were both young when I first saw you...

Donut yang lucah

A hilarious movie with a particularly stupid romantic subplot attached.
Gelak sampai saket perut. Cepat pi tengok!
Movie ni psal eighteen-year-old Ian yang sanggup pi curik kete kesayangan abang dia and drive to Knoxville dengan best friends dia Lance and Felicia, in order to lose his virginity to a red-hot babe he met on the Internet, Ms Tasty. Yes. Dia masih teruna. Haha. But the journey, filled with *f-ing hilarious misadventure and raunchy escapades, teaches all three more than they expected about life and love.

Korang kena tengok time Ian pakai donut tu. Sumpah comel. Mulut donut tu gerak2. Heh.Tapi perlu diingatkan. Tahap kelucahan cerita ni agak melampau. Jangan pi tengok ngan nenek korang da la..

Release Date: 26th February 2009
Running Time: 109 mins
Rating: 18PL
Genre: Comedy
Starring: Josh Zuckerman, Amanda Crew, Seth Green
Directed by: Sean Anders, Shimako Sato, Michael Lembeck, John Malkovich

Friday, February 20, 2009

Sejarah lampau

Hari ni aku sangat bosan. So, bila aku bosan. Aku rase nk tulis entri. Oleh sebab aku bosan sgt bekerja. Aku nk tulis entri psal kerja. Al-kisah..

Pada akhir tahun 2007 secara rasminya aku telah menjadi pengangur terlampau. So aku pun mendaftarkan diri dalam Jobstreet. Sebab aku malas nk carik keje. Biar keje carik aku ok?. Dengan semangat berkobar2 aku download resume, isi borang dan letak gambar aku yg paling cun yg aku pernah ade seumur hidup aku.*heh


Ok. Settle. Tekan send. Completed*

Besoknye aku dapat panggilan dari company mane ntah. Suruh aku datang interview. Lepas tu lagi satu panggilan. Dan lagi. Dan lagi... Semua aku tolak. Sebab jauh. Dan malas. Haha, sengal. Lepas beberapa hari, aku dah betul2 jatuh muflis. Poket dah kering mintak diisi. Aku dah serabut. Mane nk cekau duit. Kepale jahat aku suruh aku carik Sugardaddy.

Hah, pale otak ko! Dush2* Aku ketuk kpale aku sendiri

Tapi aku bernasib baik. Tak lame pastu aku dapat satu panggilan drp Sony Malaysia. Inform ada keje kosong kat HQ (Midvalley). Position: Receptionist - Contract: Sebulan je. Hurm, tak kisah la. Asalkan poket aku kenyang sebulan dua. Lpas interview. Aku diterima bekerja. Wah, seronok!

Hari pertama sangatla bosan. Officekan.. Kerja aku angkat tepon. Sambung talian. Letak tepon.

Aku: "Good morning, Sony Malaysia"
Orang: "Hello, Nina pls"
Aku: "Ok, pls hold the line. Thank you"
Orang: "May I speak to Jason pls"
Aku: "Sure"
Tekan2 number. Pastu aku letak.

Disebabkan aku baru keje, jadi banyaklah talian2 yg aku salah sambung. Name sumer nk samer. List name bukan main byk. Aku tekan je la. Selain tu, aku pun byk sign autograph beb. Courier la. Surat yang melambak2. Sumer aku kene sign. Macam artis je. hah! Habis sebulan aku ingat keje dah tamat. Seronok. Tapi x. Aku dimintak sambung lagi sebulan. Ok. Im good. Sebulan je lagi kan. Xde hal kott. Kejela lagi..


Isnin selase rabu khamis jumaat

Dah nk habis sebulan. Tup tup aku dioffer masuk under Service Department as Customer service. Gaji ditambah *wah Aku terkejut. Aku serabut. Klang-Midvalley. Jauh tu.. Tapi aku terima gak. Ntahlah. Bagi aku experience tu penting. Kalau aku tolak, aku yang rugi. Bukan jiran aku atau mak kpd jiran aku. Ok. Aku terima nikahnye.

Hari pertama aku agak cuak. Aku tgk keadaan sekeliling. Aku nampak:


customer, counter, nombor giliran, uniform. Counter aku No.4 =)

Dah macam kat hospital kerajaan kan? Tapi keje ni memang mencabar kredibiliti aku sbg seorang yg comel. Aku kene marah ngan customer. Aku nanges. haha. Kene alert ngan customer. Kene solve customer punye problem.

Stress. Stress. Dan stress. *Haih.

Almost everyday aku balik rumah kene migrain. Baru aku terpikir. Kenapa aku ade kat sini? Aku xde basic technical. Cmane aku nk tlg customer2 ni settlekan problem dorang dgn barang2 Sony yang dorang ade? Oh god*
Tapi aku bernasib baik. Aku dpt blaja drp mereka2 yg da lame keje kat situ. Disebabkan otak aku zero%, dan aku yg paling muda, aku kenela byykkkk btanye. Mcm2 aku dpt blaja. Cmane nk settlekan problem pasal barang2 Sony mcm camera, handycam, Mp3 and especially:

Vaio
*Pehh, mencabar betul vaio nihh.

Dulu aku lemah sket pasal benda2 ni sumer sbb aku xpernah amek tau pun.
Sekarang aku dapat pegang..
Dapat tengok dalam2..
Dapat try..
Dapat explore..
Best.. *Aku tau bunyi die laen mcm kan? hah. Abaikan.
Dapat barang free.
Dan yg plg best kat Sony.
Annual Dinner!
Yeaayyy! Aku dapat hadiah Lucky draw. Aku berangan nk dpt camera ke handphone ke, Vaio ke, Bravia 54" ke, tapi aku dpt Cd changer je. Yes. Cd changer ngan speaker utk psang dlm kete tuu.. Hello? Aku xade kete ok. So, aku simpan dlam stor je la. Kesiann..

Tak lama pastu aku terpakse benti sbb mak aku mtk aku tlg die kat salon. Ok. Kalau bukan aku sape lg nk tolong mak aku kan? So, aku benti. Sedih. Nk tinggalkan Sony, kwn2, dan brg free. *sob2

Dan sekarang, aku berade di salon, dpn pc dan sedang menaip entri ni sbb bosan tahap gaban kapla 3. *oiuusshh. Anyway aku nk ckp thanks kat dorang. Aku rindu kt dorang sgt2!

* Thanks to Dzul jgak sebab banyak ajar and tlg aku yg sengal nih.
Thanks Dzul! Nnt aku free aku dtg tgk korang bwk donut k? =)


Cheers!

Thursday, February 19, 2009

Maybe I Will

I must say that this video is really awesome!
She's cute and funny =)

Julia Official Website

Maybe I Will-Julia Nunes

This bed is so hot I can not get the covers off
they stick to me like leather seats in cars at 80,000 degrees

did you leave something behind
it looked like nothing at the time
now you fear that it's too late

They just can't believe that there is nothing between you and me
I'd rather plead the 5th than talk about the girl you're still in love with

But I don't know what I was expecting to find
Am I losing my mind or just biding my time


Maybe I wont
Maybe I will

Others:
l.o.v.e (luv it!)
You're my best friend (sweet!)
Build me up Buttercup (this one funny. lol!)

Cheers!

Tuesday, February 17, 2009

Sombong itu jahat

Orang yang mentalitinya tinggi. Suka menambah kenalan. Lagi ramai kawan. Lagi bagus. Bagi yang sebaliknya :

"Nah.. Xpayah ramai2 kawan pun xpe"

"Malas arh nak layan..."

Susah betul masa depan orang macam ni. Kerjaya orang macam ni lebih tertumpu kepada cleaner, tukang angkut sampah atau tukang pasang poster besar tayar Dunlop, Avon atau Kopi cap kapal api kat tepi highway je. Kan tak perlu bergaul dgn semua orang.. Mudah bukan?

Bagi kes lain pulak, bila ada orang nak berkenalan je ingat orang tu minat kat dia. Gile perasan weyyy.. Hello? Mana tau dia nak kenal ngan ko sebab nenek ko hot ke. Atuk ko mcm Johny Depp ke (aku pun nak!). Sila jangan berfikiran cetek ok?

Kepada semua dinasihatkan supaya tolonglah jangan terlampau menyombong diri. Melainkan kalau anda tu seorang jutawan hartanah yang mempunyai aset bernilai jutaan ringgit (atau lagi bagus billion atau trillion) seperti Donald Trump.


Tapi hakikatnya, anda tidak seperti dia. Yes. Tidak. Sebaliknya anda hanyalah manusia biasa yang masih lagi tercari-cari jalan hidup yang belum pasti. Bak kata orang, meraba-raba dalam gelap kott. Jadi, jangan sombong! Bila orang memulakan salam perkenalan. Sambut dengan penuh ikhlas. Bukan sambut kenalan baru macam dia nak kikis harta ko dengan jiran sebelah rumah ko sampai korang mati kebuluran sebab tak ada duit nak makan. Gila psycho babe.

** Sedih ngan budak2 mude zaman sekarang yg selalu perasan hot.

Saturday, February 14, 2009

Missing in action?

Hari ni 14th February? Valentine's Day? Yuuhooooo! But guess what? Aku duk umah je hari ni.. Bosankan? Yes.. *sigh*

O Romeo, Romeo! wherefore art thou Romeo?

Mane la Prince Charming aku ni... Missing in action. Tak bley pakai betull!

*Sebenarnye tak wujud punn.. haha! ishhkk..

Friday, February 13, 2009

February 14 + Love = Roses


Love has nothing to do with what you are expecting to get,
It's what you are expected to give
Which is everything...

Bila sebut je Valentine's day, terus terbayang roses, chocolates (*yummy), presents and cards.


Why??

Because, setiap kali Valentine's Day kita akan nampak benda-benda ni bergelimpangan di merata-rata tempat. Come on, tak rimas ke? Eceh.. (macam jeles je) Haha.. Kepada sesiapa yang ada special ones mmg la lucky. Especially perempuan..

Surprise! Surprise!

Yang si perempuan pun buat2 terkejut cipan.. Macam tak tau je. Padahal memang dah lame tau dapat hadiah ni.. Alahai.. Macamla aku tak pernah berada dalam situation tersebut. Heh. *Pls dont be so sarcastic wanie.. Ok-Ok
Ehem2.
Tapi sekarang takkk.. Tahun ni aku single (steady je babe). Haha..

Aku jeles??
**Tak tau..

Seronok ke??
** Ntahlakan..

So, this month (February), aku nk share something dengan you guys yang still belum ada any idea. What to do for this special Valentine's Day? Jom, check out this page:

http://www.emmagem.com/category/valentines-gift-special



And this one pun cute jugak..

Cupcakes!


http://www.ilovecuppacakes.com/


Mane la tau dapat idea2 menarik nanti..
Good Luck Guys!
Romantika.. =)

~ Bagi yg tak ada bf/gf tolong beli untuk diri sendiri ok?

Thursday, February 12, 2009

Bintang-bintang di atas kepala

Selepas pemergian maid aku semalam, aku telah dilantik secara rasminya menjadi suri rumah sementara. Uuhh!! Penat.. Sape kate xpenat. Melayang-layang kepala aku. Terus kena attack ngan satu penyakit yg teramat dibenci. MIGRAIN.

Ketuk-ketuk kepala kat meja**

Sakit lagi..




Sape kate Migrain tak sakit.. Rase mcm nk cabut kepala letak dalam fridge je. Besok baru pasang balik. Tapi sayang. Kepala dah melekat tak boleh tercabut. Terpaksa la telan je ubat ape yang ade..

Rasa geram+ sakit ati+penat betul..

Pembantu rumah terlampau

Hari ni my mom baru je balik from SMC. She was admitted to the hospital 2 days ago disebabkan oleh makhluk kaki berbelang. Nyamuk Aedes!

Geram+takut+menyampah betul sama nyamuk!

Oh, actually aku nak cerita pasal maid aka pembantu rumah aku yg baru saja dihantar pulang hari ini di atas sbb my mom seriously da give up ngan perangai dia yg agak kurang diajar.

Boleh ke mase my mom ada kat wad dia boleh hantar msg kat my mom inform

"Kak, hari ni sy xmaw masak. Malas"

Sungguh sopan dan berwibawa ini orang. Lagipun lately ni mmg dia agak malas dan lemah la tersangat2. Mcm orang nazak kebuluran. Perangai dia pun makin menjadi2. Antaranya:

1) Tengking adik2 aku ikut suka hati laki dia je.
2) Bad mood setiap hari. Muka mcm pakai botox xboleh senyum.
3) Hari2 masak benda sama je. Sikit pulak tu. Bosan betul.
4) Asyik terperap dalam bilik je. Mentang2 mak aku bg ltk tv dlm bilik. Over plak dia.
5) Berani je lawan ckp orang. Teringat masa dia mula2 start keja kat rumah aku dulu. Bukan main sopan dan baik lagi. Cakap lemah lembut je mcm tgh merisik. Tapi sekarang, tata tertib hilang ditelan zaman.


Tu la, orang cakap pembantu rumah ni jgn dimanjakan sangat. Nnti jadi mam besar.
Nasib baik la belum terlambat lagi. Kalau dah terlambat mmg nasi jadi bubur McD la..

Akhirnya, masuk yg ni dah 49 kali (*bukan angka sebenar) dah kami tukar pembantu rumah.
Cuma seorang je yg kekal bekerja selama lebih kurang 14 tahun. Lamakan? Berhenti pun sebab dah tua. Itu boleh diterima akal lagi. Selebihnya, semua bermasalah. Malas, makan gaji buta, ambil kesempatan, mencuri, menipu, macam2 lagi la.

Susah betul nk carik pembantu rumah yang boleh dipercayai sekarang ni. Kebanyakannya datang negara kita nk cari rezeki. Tapi bila dah sampai sini, lupa diri. Pelik betul. Geram dan menyampah pun ada jugak. Tak kan la nk kena sebat hari2 baru nk jadi baik. Itu dah penderaan fizikal namanya. Tapi kalau bagi layanan baik, lain pulak jadinya..

Aissshhhh.. susah..susah..

Once upon a time..

Bermula sebuah cerita dimana satu makhluk bernama wanie sedang berkeliaran di tengah malam tak tau nk buat ape. So, atlast dia akhirnya membuat kputusan utk berada di depan laptop dan mengolah sebuah cerita yang xbertajuk. Sungguh seram dan ngeri cerita ini.


Ape ni??

Mengarut sungguh.

Delete2**


FYI

Yup, kawan2 aku Bedah and Minah (*bukan nama sebenar) telah menghasut aku untuk menulis sebuah blog utk diri sendiri. Bagus2. Aku terima hasutan itu dgn sepenuh hati.

Cerita pun bermula...