January
February
March
April
May
June
July
Si dia sibuk bekerja macam tahap cipan yang dapat pangkat CEO dalam syarikat syarikat besar yang mempunyai saham saham besar di bangunan bangunan besar. Sampaikan tiada masa untuk menjamu mata, merehatkan mata seperti mata-mata. Mengapa? Kerana si dia sungguh gila pada kerja. Sampaikan si dia lupa pada malam dan siang, hari bertukar ganti, minggu bertemu minggu. Si dia alpa. Bukan kerana suka, tapi kerana terpaksa.
Tetapi kini, si dia kembali untuk mencoret madah-madah berhelah seperti dulu kala. Dulu si dia tiada masa. Tapi kini, si dia dapat jugak bertolak ansur dengan masa. Insyaallah. Si dia telah melemparkan sejauh mungkin segala kesulitan-kepahitan dan kesibukan yang dulunya menghantui segenap sudut kehidupan. Tiada lagi. Mengapa? Kerana si dia dah berhenti kerja. Ya. Berhenti kerja lagi sebulan lebih nak raya. Bodoh bukan? Tapi tidak mengapa. Azab yang dirasakan semasa bekerja di syarikat itu sesungguhnya memang xdpt ditahan-tahan lagi. Seolah-olah mimpi ngeri setiap hari. Lagi ngeri dari mimpi hantu jembalang yang perutnya membuak2 dengan darah yang merah pekat seperti air sirap di rumah kenduri kawan Mak Limah. Cukupla sekadar di pinggiran.
Besok hari Khamis lahhh.. Ada interview la plak.
Wish me luck.
Thursday, July 22, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)